Tanggal 29 November 2016 menyaksikan genap setahun pemergian pelawak popular, Yus Jambu. Yus atau nama sebenarnya, Yussry Edoo meninggal dunia di Hospital Selayang pada 29 November 2015 kerana sesak nafas.

Meninggal dunia di usia 39 tahun, pemergian Yus mengejutkan ramai pihak terutama rakan pelawak kerana dia langsung tidak menunjukkan tanda-tanda mengalami sebarang masalah kesihatan.

Yus mula menyerlahkan bakatnya menerusi program Sinaran Pasport Kegemilangan sekitar tahun 2001 namun bintangnya mula menyinar selepas menjuarai program realiti Raja Lawak musim pertama.

Bergandingan bersama pelawak Tauke dalam kumpulan Jambu, gabungan mereka mencipta sejarah tersendiri dalam dunia komedi tempatan. Sehingga kini, nama Jambu masih diingati sebagai duo lawak yang cukup menjadi.

Walaupun sudah setahun usia pemergian Yus, laman Instagram miliknya masih dibanjiri dengan ucapan dan doa peminat yang merindukan Yus.

Berikut merupakan komen-komen yang ditinggalkan peminat di laman Instagram Yus, @yus_jambu76:



Teks oleh: Kamaruddin Razal