Sambut Ulangtahun Pertama, Yonder Music Anugerahkan Siti Nurhaliza Plak ‘Hear Forever’

29 November 2016. 7.00 PM
6,978
Hiburan
Sambut Ulangtahun Pertama, Yonder Music Anugerahkan Siti Nurhaliza Plak ‘Hear Forever’
Bersempena dengan sambutan ulangtahun pertama Yonder Music, penyanyi tersohor negara, Datuk Siti Nurhaliza menerima plak eksklusif 'Hear Forever'.

“Pihak Yonder telah menganugerahkan plak tersebut sebagai penghargaan untuk Siti sempena sambutan ulangtahun pertama kami.

“Selain menjadi duta Yonder, Siti banyak membantu dan menyokong Yonder dari awal penubuhan Yonder sehingga kini.

“Sebagai hadiah ulangtahun kepada peminat dan pengguna Yonder, konsert Datuk Siti Nurhaliza & Friends yang berlangsung di Stadium Negara pada April lalu akan disiarkan di Astro Ria pada 11 Disember ini,” kata Adam Kidron selaku Ketua Pegawai Eksekutif Yonder Music.

Menganggap tahun 2016 sebagai tahun yang baik untuk mereka memulakan perjalanan muzik, Yonder menjanjikan sesuatu yang lebih mengasyikkan pada tahun 2017.

“Buat pengguna setia Yonder, kami sangat berterima kasih atas sokongan yang diberikan. Tahun 2017 bakal menjadi sebuah tahun yang sangat mengujakan buat kami dan semua pengguna setia Yonder.

“Kami bakal melancarkan Yonder 2.0 yang lebih memudahkan pengguna. Selain itu, pelbagai kejutan turut menanti pengguna Yonder dan kami berharap agar semua pengguna setia menantikan kami,” katanya lagi.

Teks oleh: Kamaruddin Razal

Artikel Berkaitan


Komen