Nama Seperti Penjenayah, Kim Woo Bin Ditahan di Filipina

29 November 2016. 7.05 PM
52,180
Hiburan
Nama Seperti Penjenayah, Kim Woo Bin Ditahan di Filipina
Pelakon Kim Woo Bin memberitahu bahawa dia pernah ditahan di Filipina kerana mempunyai rekod jenayah dan sedang diburu oleh pihak polis.

Menerusi sebuah promosi filem terbaharunya bertajuk Master, Kim berkata dia ditahan oleh pihak berkuasa disana selepas selesai menjalani pengambaran ketika ingin pulang ke Korea.

Kim tidak dapat meneruskan penerbangan ke Korea kerana ditahan di lapangan terbang Filipina selepas namanya dikatakan terjebak dengan kegiatan jenayah.

"Nama asal saya iaitu Kim Hyun Joong dikatakan sama dengan seorang penjenayah yang kini sedang diburu oleh pihak berkuasa di sana.

"Saya telah menjadi tahanan di sana selama seminggu, mujur pihak pengurusan berjaya menyelesaikan masalah ini dengan segera.

"Jika tidak mungkin saya akan di tahan selama sebulan untuk membantu siasatan," jelas Kim Woo Bin seperti yang dilaporkan Allkpop.

Menurut Kim selepas siasatan dilakukan, dia akhirnya dibebaskan kerana segala dokumen dan cap jari dengan penjenayah tersebut adalah berbeza.


Olahan Oleh : Rozaimi Zubaidi

Sumber : Allkpop 

Artikel Berkaitan


Komen