Peminat Fanatik Twilight Labur RM75,658 Beli Cincin Pertunangan

29 November 2016. 9.15 PM
30,173
Hiburan
Peminat Fanatik Twilight Labur RM75,658 Beli Cincin Pertunangan
Seorang peminat setia filem fenomena Twilight sanggup membeli sebentuk cincin yang dipakai heroinnya, Kristen Stewart sebagai Bella Swan dengan harga USD17,000 iaitu (kira-kira RM75,658).

Cincin tersebut merupakan cincin pertunangan Bella dengan kekasihnya, Edward Cullen iaitu watak yang dilakonkan oleh Robert Pattinson.

Menurut Entertainment Weekly, peminat berkenaan berjaya memiliki cincin itu selepas bersaing dengan lebh 1,000 peminat lain yang turut membida pada satu acara lelongan. 

Cincin itu merupakan antara barangan yang memperolehi bidaan paling tinggi yang diadakan di Hollywood Chinese Theater, California, pada tanggal 19 dan 20 November lalu.

Pada acara anjuran Prop Store itu, sebanyak 900 barang nostalgia terdiri daripada prop, kostume dan set daripada filem Twilight Saga dilelong.

Selain cincin Bella, turut dilelong dengan harga tinggi seperti buku jurnal Edward dengan harga USD7,800 (kira-kira RM34,713). Kostum sekolah Bella dengan harga US$ 8.400 (kira-kira RM37,383.78).

Sumber: Entertainment Weekly 


 

Artikel Berkaitan