Kang Gary Follow Instagram Siti Nordiana, Peminat Teka Bakal Ada Lagu Duet

29 November 2016. 5.18 PM
335,489
Hiburan
Kang Gary Follow Instagram Siti Nordiana, Peminat Teka Bakal Ada Lagu Duet
Penyanyi dan pelakon Siti Nordiana terkejut apabila bintang Running Man, Kang Gary merupakan salah seorang follower di akaun Instagram (IG)nya.

Malah Siti Nordiana atau lebih mesra dengan panggilan Nana ini menyatakan rasa terujanya menerusi satu posting di IGnya beserta hashtag #sundaycouple.

“Ni kekdahnya @kang_gary8888 tertekan ke ape n. Ke iols bakal #sundaycouple dia? Eh!!! Hahaha, adoii, tolong ahli Running Man yang lain tertekan jugak follow I,” tulisnya ringkas.

Melalui kasyen tersebut, Nana juga turut memuatnaik foto yang menandakan id IG rasmi Gary iaitu @kang_gary8888 sebagai bukti pada Ahad.

Dalam pada itu, menerusi ruangan komen IGnya, rata-rata peminat melahirkan rasa cemburu dan melabelkan Nana begitu bertuah kerana mendapat perhatian figura popular tersebut.



Tidak kurang juga ada yang meneka Gary bakal berduet dengan Nana memandangkan sebelum ini ada spekulasi mengatakan penyanyi rap itu sedang mencari pasangan duet.

Berikut merupakan antara komen lucu yang diterima oleh Nana:

@chintastella: Bestnya kak nana.. mana tau rezeki duet dgn kang gary.

@yellowgirlz: Woww!!! Memang bestlah.. Standby kak nana @sitinordiana maybe ade lagu duet akk dgn @kang_gary8888 .. Xsabar pulak nk dgr akk rap ngan gary oppa!! #garyna

@frhnaizztti.f: Mungkin akak lah artis duet yg dia cari selama ni.

@cnhusna: Bukan tertekan ni kak nn. kak nn masih lagi salah sorang dalam following list gary. saya baru check kak. Hahahahaha.

Teks oleh: Mya Amri
 

Artikel Berkaitan


Komen