Mat Dan, Mat Salih Terengganu Pusing Satu Malaysia Kerana Cinta

29 November 2016. 6.23 PM
74,676
Hiburan
Mat Dan, Mat Salih Terengganu Pusing Satu Malaysia Kerana Cinta

Mat salih berjiwa melayu, Mat Dan berjalan kaki mengembara ke pelbagai destinasi indah di seluruh Malaysia hanya kerana rasa cintanya terhadap negara ini.

Jejaka kelahiran Bristol, Britain yang nama sebenarnya Daniel Tyler atau Kareef Daniel Abdullah 27, itu akan muncul di Astro Prima menerusi program Mat Dan Kaki Jalan yang memfokuskan kepada pengembaraannya dari United Kingdom ke Malaysia sambil menyelami adat dan budaya tempatan menerusi aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan.

Program 13 episod berdurasi 30 minit ini juga turut menampilkan Mat Dan sebagai pengacara.

Mat Dan yang pernah menjadi sebutan netizen di laman sosial kerana fasih bertutur dalam loghat Terengganu akan membawa penonton mengembara ke 13 buah destinasi menarik di negeri-negeri seluruh Malaysia iaitu Kuala Lumpur, Selangor, Terengganu, Pahang, Kelantan, Sarawak, Sabah, Perak, Kedah, Perlis, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

Program Mat Dan Kaki Jalan ini merakamkan kisah kembara Mat Dan ke seluruh Malaysia untuk mengenali dengan lebih mendalam keunikan adat resam dan budaya masyarakat tempatan.

Selain mengunjungi tempat-tempat menarik, Mat Dan juga akan mengajak para penonton untuk mempelajari pelbagai kemahiran unik yang menjadi kebanggaan tradisi warisan tempatan di samping mencuba juadah-juadah enak yang melazatkan menerusi program ini.

Program ini bakal ditayangkan pada setiap hari Khamis, jam 9.30 malam secara eksklusif di saluran Astro Prima (105) dan Maya HD (135) bermula 24 November 2016.

 


Artikel Berkaitan


Komen