Yuna Dapat Ilham Reka Corak Tudung Menerusi Tajuk Lagu

29 November 2016. 7.00 PM
28,513
Hiburan
Yuna Dapat Ilham Reka Corak Tudung Menerusi Tajuk Lagu
Penyanyi antarabangsa, Yuna atau nama sebenar Yunalis Zarai 30, mendapat ilham daripada judul lagunya untuk rekaan corak tudung koleksi Yuna For Lasravelda.

“Saya dapat ilham untuk reka tudung ini bukanlah 100 peratus daripada usaha sendiri, tetapi dibantu secara bersama dengan pereka Losravelda berdasarkan judul lagu saya.

“Antara koleksi tudung yang menggunakan judul lagu saya ialah Oh Bulan, Cinta Sempurna, Terukir Di Bintang dan banyak lagi.

“Kualiti tudung ini sangat bagus, lembut dan mudah di bawa bagi mereka yang kerap melancong dan bersiar-siar.

“Ia juga sesuai digayakan sebagai turban seperti yang saya pakai selalu,” kata Yuna ditemui Astro Gempak baru-baru ini.

Tambah Yuna lagi, dia amat berbesar hati kerana diberi peluang menjayakan projek fesyen tudung.

Malah, koleksi tudung ini dapat menggalakkan lagi industri fesyen tempatan yang semakin berkembang hasil daripada usaha pereka muda.

“Saya lihat anak-anak muda kita sangat bersemangat dalam bidang fesyen untuk reka baju, t-shirt dan lain-lain lagi.

“Jadi saya pun tidak melepaskan peluang untuk menyokong usaha mereka yang sememangnya sangat positif dan memberi nilai tambah kepada pendapatan masing-masing.

“Saya juga akan mempromosikan tudung ini di Amerika Syarikat menerusi acara-acara nyanyian yang saya akan hadiri,” katanya.

Kepada peminat ingin membeli tudung koleksi Yuna, anda boleh layari laman yuna.losravelda.com dijual pada harga RM89-RM200.

Teks oleh: Mohd Ishahrulddin Tahir
 

Artikel Berkaitan


Komen