Anak Lisa Surihani, Yahaira Leanne Berlakon Dalam Iklan TV

29 November 2016. 5.11 PM
165,415
Hiburan
Anak Lisa Surihani, Yahaira Leanne Berlakon Dalam Iklan TV
Buat pertama kalinya, pelakon Lisa Surihani dan Yusry Abdul Halim mendedahkan wajah anaknya, Yahaira Leanne di kaca televisyen. 

Terbaharu, Yahaira dilihat berlakon bersama ibunya di dalam iklan Proton yang sekaligus memperkenalkan kereta terbaharu keluaran jenama itu iaitu Ertiga.

Menerusi iklan yang diarahkan sendiri oleh Yusry itu hanya menayangkan kurang seminit adegan Lisa mendukung Yahaira dan juga adegan Yusry memasukkan anaknya ke dalam kereta baharu tersebut.

Yahaira kelihatan sangat comel dan gembira di dalam iklan tersebut sebaik sahaja Yusry letakkannya di dalam kerusi bayi dalam kereta itu. 

Menariknya, iklan itu boleh ditonton dalam versi dan filem pendek di laman YouTubeProton berdurasi lebih enam minit.

Filem pendek itu turut menampilkan pelakon-pelakon hebat lain seperti  Zul Arifin, Zahirah McWilson, Fazura and Aeril Zafrel.

Teks oleh: Syafiqah Jalal


 

Artikel Berkaitan


Komen