Pengalaman pertama menjejakan kaki ke Hong Kong, telah membuat penyanyi rap, SonaOne jatuh cinta dengan bandar tersebut.
SonaOne berkata, peluang yang diberikan kepadanya untuk berada di sana dalam program The Ultimate Brocation membuatkan dia banyak belajar mengenai Hong Kong.
Lima hari berada di sana, penyanyi yang popular dengan lagu Firefly itu telah berkongsi sedikit tips berguna kepada sesiapa yang merancang untuk ke negara China itu.
Berikut lima tips yang dikongsikannya:
1. Rancang Sekurang-kurangnya Lima Hari Di Hongkong.
"Saya boleh kata lima hari adalah waktu yang paling sedikit untuk pelancong berada di sana kerana percayalah Hong Kong adalah bandar yang ada segala-galanya.
"Kepada yang suka mengumpul kasut sneakers, di sana adalah syurga untuk kamu kerana bukan sahaja ada pelbagai pilihan sneakers yang original malah ia sangat murah.
"Jika mahu berehat dan bersantai pergilah ke selatan Hong Kong kerana di sana anda akan terkejut melihat bertapa cantiknya pantai mereka seperti berada di Itali.
"Di sana juga ada pelbagai aktiviti extreme yang boleh anda cuba,"
2. Makanan Halal di Kowloon
"Makanan halal mudah cari di sana. Biasanya makanan halal akan berada dalam satu tempat di Kowloon.
"Di sana anda dapat pelbagai makanan halal. Bukan sahaja terdapat makanan tempatan, tetapi ada juga makan halal dari Malaysia, Thai , Kemboja, Pakistan dan banyak lagi.
"Saya sempat mencuba Dim Sum dan roti bersama kari ayam. Terkejut kerana makanannya sedap-sedap belaka,"
3. Belajar Bahasa Cantonese
"Kalau boleh persiapkan diri anda untuk belajar sedikit bahasa Cantonese. Bukan apa, tidak semua kedai dan urusan jual beli boleh di lakukan dalam bahasa Inggeris kerana terdapat penjual yang hanya tahu bahasa Cantonese sahaja,"
4. Pengangkutan Awam
"Saya cadangkan anda gunakan pengangkutan awam seperti Hong Kong Metro iaitu keretapi mereka berbanding mengambil risiko menaiki teksi.
"Trafik di sana agak sesak juga seperti Malaysia, jadi teksi kurang sesuai jika anda mahu bergerak ke banyak tempat,"
5. Hotel
"Di sana banyak hotel dan tempat penginapan yang selesa berdekatan dengan pusat membeli belah.
"Saya cadangkan, jika anda mahu melakukan banyak aktiviti di sesuatu tempat itu, lebih baik anda tinggal di hotel berdekatan,"
The Ultimate Brocation akan mula bersiaran pada 14 Disember ini, jam 9.00 malam di Kix HD (saluran 729).
Menerusi program berbentuk pengembaraan percutian ini, Sona digandingkan bersama penyanyi terkenal Filipina, Billy Crawford; DJ dan pengacara terkenal Thailand, P. K; dan chef selebriti Singapura, Bjorn Shen.
Teks oleh: Syafiqah Jalal
Syafiqah Jalal
Tue Nov 29 2016
DFP Seni Festival 2024 Tampilkan Muzik Orkestra Cina, Teater Mek Mulung & Randai
DFP Seni Festival 2024 akan berlangsung dari Julai hingga September 2024.
Sudah Beri Komitmen Awal, Apa Punca Naim Daniel Tarik Diri Dari The Hardest Singing Show?
Penyanyi, Naim Daniel enggan mengulas lanjut mengenai isu penarikan diri saat akhir daripada rancangan realiti terbaharu terbitan Astro, The Hardest Singing Show.
“Saya Masih Terkejut Dapat Emel Naim Daniel Tarik Diri” - Ketua Saluran Astro Ria
Naim Daniel tarik diri...
“Saya Tidak Berdiri Untuk Segala Gelaran” - Siti Nurhaliza
Kalau ada rezeki, ada.
Pengikut Bertambah Lebih 40,000, Kekasih Gelap Aliff Aziz & Bella Astillah Saling ‘Follow’ Di IG
Kontroversi melibatkan Aliff Aziz dan Sarah Yasmine terus menjadi topik hangat dalam media sosial selepas wanita itu membuat pendedahan mengaku kekasih kepada pelakon dan penyanyi itu.
Suami Sepupu Eyra Hazali Salah Seorang Mangsa Nahas Helikopter TLDM - “Al-Fatihah Kepada Semua Yang Terlibat…”
Semoga roh mangsa terlibat ditempatkan bersama orang beriman.
Nahas Helikopter TLDM: Tiada Terselamat, 10 Dilaporkan Terkorban
Seramai 10 orang dilaporkan terkorban selepas dua helikopter milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bertembung dalam kejadian di Kem Tenteral Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak, hari ini.
Nyanyian Alif Satar & The Locos Raih Pujian Netizen, Siap Diberi Jolokan Bruno Mars Versi Malaysia!
Sepotong video nyanyian kumpulan Alif Satar & The Locos (ASTL) berjaya mendapat perhatian ramai baru-baru ini.
Nafi Dakwaan Sukar Dihubungi, Ippo Hafiz Enggan Jaja Kisah Rumah Tangga - “Dia Masih Isteri, Jadi Lindungilah Maruah Suami”
Penyanyi Ippo Hafiz menafikan kenyataan Fara Roslan dan dakwaan yang tersebar di laman sosial mengatakan dia sukar dihubungi untuk bertemu anak kedua mereka, Ibrahim.
Dua Helikopter Terhempas Ketika Raptai Di Pangkalan TLDM Lumut
Dua helikopter dilaporkan terhempas selepas bertembung ketika membuat latihan di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut, Perak, pada Selasa.