Siti Saleha, Lutfi Tak Mahu Tunang Lama-Lama, Kahwin Tahun Depan

28 November 2016. 6.21 PM
59,268
Hiburan
Siti Saleha, Lutfi Tak Mahu Tunang Lama-Lama, Kahwin Tahun Depan

Pelakon cantik Siti Saleha telah memuatnaik foto pertunangan dengan lelaki pilihan hatinya, Lufti Azhar, 30, di laman sosial Instagram (IG) pada Sabtu lalu.

Menerusi foto tersebut Saleha menulis kapsyen ringkas yang memperkenalkan tunangnya secara rasmi kepada para pengikutnya di laman sosial tersebut.

Rata-rata pengikut dan peminat aktres jelita tersebut mengucapkan tahniah kepadanya disamping tidak sabar mahu melihat pasangan sama cantik sama padan itu berkahwin.

Sementara itu menerusi laporan Harian Metro Sabtu lalu, Saleha memberitahu akan melangsungkan pernikahan dengan Lufti pada awal tahun hadapan.

"Alhamdullilah, apa yang kami rancang berjalan lancar. Mengikut perbincangan, majlis pernikahan kami akan dilangsungkan pada awal tahun hadapan.

"Tambahan pula selepas setahun berkenalan dan dilamar Lufti, Julai lalu, kami memang tidak mahu bertunang lama-lama," katanya.

Dalam pada itu dia turut menafikan dakwaan menyorok berita pertunangannya dengan Lutfi dan memberitahu majlis tersebut diadakan secara tertutup dan ringkas.

Saleha atau nama sebenarnya Siti Saleha Baharum, 26, dan Lutfi selamat bertunang di kediaman keluarganya di Klang, Selangor.


Artikel Berkaitan


Komen