Wali Band Sanggup Ke Malaysia Demi MAHA 2016

28 November 2016. 5.13 PM
9,905
Advertorial
Wali Band Sanggup Ke Malaysia Demi MAHA 2016

Kumpulan muzik Indonesia, Wali Band sanggup ke Malaysia untuk memeriahkan Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA 2016).

Wali Band secara ekslusif akan menghiburkan pengunjung MAHA 2016 pada 3 Disember 2016
di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang, Selangor.

Oleh itu, bersempena cuti sekolah ini MAHA 2016 merupakan destinasi terbaik kepada anak-anak kerana maskot Upin dan Ipin turut akan hadir sebagai daya penarik kepada kanak-kanak yang secara tidak langsung dapat mendidik mereka.

MAHA 2016 turut menyediakan tapak perkhemahan kepada 5,000 remaja untuk bermalam di sana dengan segala infrastruktur akan dibina.

Selain itu terdapat pelbagai tarikan yang akan disajikan, termasuk seminar perniagaan, bengkel, pelancaran produk, demonstrasi teknologi inovasi pertanian, agro bazaar, pelancongan tani, persembahan kebudayaan, demonstrasi masakan dan pelbagai lagi.

MAHA 2016 bakal diadakan pada 24 November hingga 4 Disember dan dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Bertemakan Our Food Our Future, MAHA 2016 bakal menampilkan 1,500 gerai pameran daripada pelbagai agensi kerajaan dan swasta termasuk penyertaan peserta luar negara.


Artikel Berkaitan


Komen