Penyanyi Kanye West dikatakan berdepan masalah mental akibat tekanan kehidupan yang dialaminya kini.

Menurut sumber daripada FoxNews, Kanye dilaporkan telah dimasukkan ke hospital pada minggu lalu selepas keadaan kesihatannya dikatakan tidak menentu.

Namun, selepas menerima rawatan susulan di hospital, Kanye dikatakan telah mengalami tekanan sehingga boleh menyebabkan dia mengalami masalah mental.

"Keadaan Kanye kini dilihat semakin stabil selepas mendapatkan rawatan susulan daripada doktor di hospital.

"Dia juga kini masih lagi memerlukan rehat yang panjang dan tidak dibenarkan untuk meninggalkan hospital," kata sumber.

Terdahulu Kanye dikatakan telah dimasukan ke hospital Ronald Reagan UCLA, selepas mengalami tekanan yang melampau.

Kanye dikatakan telah mengalami tekanan selepas kematiannya ibunya, dan menganggap dia merupakan punca ibunya meninggal.

Namun, sehingga kini masih lagi tiada sebarang kenyataan daripada pihak Kanye.

Olahan Oleh : Rozaimi Zubaidi

Teks : FoxNews