GV 3: Kedudukan Peserta & Recap Komen Juri Malam Konsert Separuh Akhir

28 November 2016. 1.30 PM
126,245
Hiburan
GV 3: Kedudukan Peserta & Recap Komen Juri Malam Konsert Separuh Akhir

Konsert separuh akhir GegarVaganza musim ketiga (GV 3) menyaksikan Nora diumumkan sebagai bintang keenam yang tersingkir.

Mendapat dua tugasan lagu, Nora telah menyampaikan lagu berjudul Laguku Untukmu nyanyian asal Meet Uncle Hussein, berduet dengan penyanyi undangan Aizat Amdan serta lagu Sandiwara dan All I Ask yang dinyanyikan secara medley.

Selain Nora, enam bintang GV 3 memberikan saingan sengit membuatkan juri tetap Datuk Ramli MS, Datuk Khatijah Ibrahim dan juri jemputan Puan Sri Tiara Jacquelina sukar untuk menentukan siapa yang layak berada di kedudukan pertama.

Dalam pada itu, Gmie Screen telah diumumkan sebagai pemenang Kelab Peminat Paling Menyengat. Gmie dan kelab peminatnya berjaya membawa pulang pakej pengubahsuaian ruang makan bernilai RM10,000 tajaan Laurea Home Furnishing, baucer tunai tajaan Go Shop berjumlah RM1,000 dan barangan Pamoga Qu Puteh.

Di bawah merupakan kedudukan peserta berdasarkan format pemarkahan 100%  oleh juri profesional dan komen-komen yang telah diberikan:

Azharina


I Wanna Dance With Somebody
"Kagum melihat level energy Azharina, showmanship yang sangat baik," - Puan Sri Tiara Jacquelina.

 


Fantasia Bulan Madu (duet bersama Black)
"Saya pernah dengar lagu ini 40 peratus lebih baik daripada apa yang anda bawakan. Bukan tak bagus tapi saya pernah tengok lebih bagus," - Datuk Ramli MS.

 

Zarul Umbrella


Hanya Kau Yang Mampu
"I really felt that. Saya sangat enjoy dengan persembahan anda. Saya rasa Zarul mempunyai the perfect package as a singer," - Puan Sri Tiara Jacquelina.

 


Salahkah (duet bersama Marsha Milan)
"Duet yang agak setara. Secara teknikal is quite well, I'm very happy," - Datuk Ramli MS.
 

 

Siti Sarah


Dibawah Pohon Asmara
"Ini yang saya tunggu-tunggu dari Sarah. Persembahan anda sangat baik pada malam ini!" - Datuk Khatijah Ibrahim.
 

 


Bunga Bunga Cinta (duet bersama Misha Omar)
"Saya rasa anda buat lebih bagus semasa sesi latihan. Good luck untuk kamu," - Datuk Ramli MS.
 

 

Intan Sarafina


Siapa Sangka Siapa Menduga
"Awak sangat cantik! Namun begitu, tanggungjawab sebagai anak seni, untuk bertahan lama, kita kena upgrade lagi," - Puan Sri Tiara Jacquelina.

 


Pulangkan (duet bersama Ezad Lazim)
"Saya tak boleh bandingkan anda dengan penyanyi asal. Namun begitu, versi yang anda bawakan bagus dalam cara tersendiri," - Datuk Ramli MS.
 

 

Ameng Spring


Keasingan Dalam Luka
"Saya cuba cari kesalahan Ameng tapi satu pun tidak saya jumpa. Saya rasa tak ada penyanyi yang boleh menyanyikan lagu ini sebaik penyanyi asal tetapi malam ini saya dengar Ameng menyanyikan lagu ini dengan baik sekali," - Datuk Khatijah Ibrahim.

 


Kepadamu Kekasih (duet bersama Aris Ariwatan)
"Saya merasai lagu yang anda sampaikan, penonton juga merasainya. Kalau anda ke final, anda perlu bagi lebih lagi," - Datuk Khatijah Ibrahim.
 

 

Gmie Screen


Andai Dapat Ku Undur Masa
"Saya mengharapkan sesuatu yang lebih lagi, saya mahu melihat sifat dahaga anda untuk menang," - Puan Sri Tiara Jacquelina.

 


Sejarah Mungkin Berulang (duet bersama Tomok)
"Gmie, ini yang saya nak tengok. Suara Gmie unik. Well done, much better, I like it!" - Puan Sri Tiara Jacquelina.

 

Nora


Sandiwara & All I Ask
"Lagu ini susah tetapi it was a good try! Well done Nora!," - Datuk Ramli MS.
 


Laguku Untukmu (duet bersama Aizat Amdan)

"Satu kombinasi yang sungguh baik. Satu cabaran buat Nora untuk menyanyikan lagu ini dan you delivered very well," - Datuk Khatijah Ibrahim.

 

GV 3 bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA pada setiap Ahad, pukul 9.00 malam serta boleh ditonton di Astro Ria (saluran 104) dan Astro Ria HD (saluran 123).

Konsert minggu akhir GV 3 bakal menyaksikan bintang GV 3 menyanyikan dua buah lagu. Enam bintang masih kekal berentap untuk merebut gelaran juara.

Jika anda terlepas menonton konsert mingguan GV 3 atau ingin menonton secara 'live streaming', klik ---> GegarVaganza.

Teks oleh: Kamaruddin Razal
Foto: Instagram @littlestars_photography

 

 

 

 


Artikel Berkaitan