Amboi, Sweet & Manjanya Lufya Dengan Suami, Muhammad Hafiz

27 November 2016. 4.13 PM
138,297
Hiburan
Amboi, Sweet & Manjanya Lufya Dengan Suami, Muhammad Hafiz

Pelakon Lufya Omar dan suaminya Che Muhammad Hafiz Che Baharum kelihatan begitu sweet dan manja di majlis resepsi mereka yang berlangsung semalam.

Momen-momen manis itu dapat dilihat menerusi akaun Instagram (IG) Lufya dan juga jurugambar rasmi mereka @faridismproduction yang membuat live update dengan hashtag #lufyahafizwedding.

Pasangan ini kelihatan begitu memukau menggayakan busana pengantin rekaan Zeen Bridal dan Amir Kadir.

Dalam pada itu ruangan komen di IG Lufya sehingga kini dipenuhi ucapan tahniah oleh pengikut IG yang mendoakan kebahagian mereka berdua.

Terdahulu, Lufya selamat bergelar isteri Hafiz dengan sekali lafaz kira-kira pukul 8.30 malam Sabtu.

Pasangan ini dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan iaitu Sheikh Omar Sheikh Abdullah dengan disaksikan Pendaftar Perkahwinan, Perceraian Dan Rujuk, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Hazman Hashim.

Lufya atau nama sebenarnya Lutfyah Sheikh Omar, 31, menerima mas kahwin berjumlah RM2,000 daripada Che Muhammad Hafiz, manakala wang hantaran pula dirahsiakan

Majlis pernikahan berlangsung di Laman Cinta Nirwana, di sini dan dihadiri kira-kira 200 tetamu yang terdiri daripada keluarga kedua-dua pihak dan rakan terdekat.

Pasangan ini mengikat tali pertunangan pada Julai lalu dalam satu majlis yang diadakan secara tertutup dan hanya dihadiri keluarga terdekat.

Di sini Astro Gempak kongsikan foto-foto menarik sepanjang majlis pernikahan Lufya dan Hafiz:

 

Teks oleh: Mya Amri


Artikel Berkaitan


Komen