Terlalu Sibuk, Peminat Risau Kesihatan Lee Kwang Soo

25 November 2016. 9.05 PM
73,061
Hiburan
Terlalu Sibuk, Peminat Risau Kesihatan Lee Kwang Soo

Peminat meluahkan rasa risau terhadap kesihatan pelakon dan anggota Running Man, Lee Kwang Soo yang bakal tiba di Malaysia tidak lama lagi.

Disebabkan jadual kerja yang sangat padat menyebabkan Kwang Soo tidak sempat untuk berehat dan perkara itu membimbangkan para peminatnya.

Lebih-lebih lagi apabila peminat mendapat tahu aktor tinggi lampai itu baru tiba di Korea pagi tadi selepas selesai siri jelajah promosi drama terbarunya Entourage di Los Angeles semalam (Khamis).

Sehingga kini rata-rata komen yang diterima oleh Kwang Soo di akaun Instagramnya meminta pelakon itu berehat sebaik mungkin selepas tiba di Malaysia nanti.

Lee Kwang Soo yang juga merupakan ahli termuda Running Man itu dijadualkan bertemu peminat di Malaysia untuk program The Running Man Challenge bertempat di Paradigm Mall esok.

Berikut merupakan antara komen yang diterima oleh Kwang Soo:







Teks oleh: Mya Amri


Artikel Berkaitan


Komen