Penyanyi dan pelakon Elyana dilihat telah memuatnaik sebuah gambar di Instagram (IG) ketika dia sedang gunting rambut di sebuah kedai mamak.

Menerusi muatnaik tersebut, Elyana atau nama sebenarnya, Erneelya Elyana Emrizal, 29, berkata, tiga tahun lalu dia seringkali akan pergi ke beberapa kedai mamak untuk mendapatkan perkhidmatan gunting rambut di sana.

Elyana dilihat telah berkongsi beberapa pengalaman yang dihadapi ketika mendapatkan perkhidmatan gunting rambut di sana.

"Dulu hampir tiga tahun saya akan potong rambut dengan harga Rm10 dan seluruh pelusuk kedai mamak saya sudah gunting.

"Macam-macam jenis bau saya sudah hidu ada diantaranya bau bedak talkum, perit tekak, kari kering, perfume yang tahap keras gila pun ada. Jenis hidu terus tangkap naik kat kepala...Tapi saya happy," katanya menerusi muatnaik di IG.

Tambah Elyana, walaupun mengalami pengalaman tersebut namun dia tetap berpuashati dengan layanan dan perkhidmatan yang diberikan oleh mereka.

Rata-rata peminatnya memuji sikap rendah diri Elyana yang cuma mendapatkan perkhidmatan gunting rambut di kedai mamak meskipun dia bergelar seorang artis.

Dulu hampir 3 tahun aku potong rambut Rm10.Semua pelusuk kedai mamak aku dah gunting.Dan macam macam jenis bau aku dah hidu.Bau bedak talkum,bau perit tekak,bau kari kering,bau perfume yang tahap keras gila pun ada.Jenis hidu terus tangkap naik kat kepala...Tapi aku happy✌?- Vijay✂️

A photo posted by Elyana (@elyanaofficial) on



Teks Oleh : Rozaimi Zubaidi