Penyanyi dan pelakon Marsha Milan akui suaminya menjadi mangsa untuk mencuba resepi masakan rekaannya sendiri.

“Saya gemar memasak tapi jenis yang suka reka resepi sendiri. Resepi campak-campak orang kata.

“Tapi nasib baiklah menjadi dan siapa lagi yang jadi mangsa untuk cuba rasa masakan saya itu kalau bukan suami kan?

“Selalunya dia akan minta saya masak bila tengah malam dan antara yang dia suka maggi goreng laksa dan cucur tauhu yang saya reka sendiri,” katanya kepada Astro Gempak.

Tambah Marsha lagi dia sememangnya sudah belajar memasak sejak dari kecil dan perkara itu membuatkan dia tidak kekok ketika berada didapur.

“Sebenarnya minat memasak timbul sejak dari kecil lagi bila saya lihat kebanyakan rakan-rakan pandai memasak.

“Saya ingat lagi ketika itu saya masih lagi pelajar sekolah rendah dan saya luahkan hasrat tersebut kepada ibu saya.

“Ibu saya gembira memang gembira tapi yang tak boleh tahan tu bila keesokkan harinya dia terus kejut saya jam lima pagi untuk masak nasi goreng.

“Dari situlah saya mula belajar memasak tapi itulah kena ikut cara sendiri, resepi tak tetap.

“Lepas itu bila suami minta masak masakan yang sama contohnya ayam masak madu, hari pertama masak rasa sedap tapi bila masuk hari kedua dan ketiga dah rasa lain,” katanya.

Teks oleh: Mya Amri