Gara-Gara Terlalu Aktif Di Gym, Arja Lee Slip Disc

25 November 2016. 3.07 PM
66,062
Hiburan
Gara-Gara Terlalu Aktif Di Gym, Arja Lee Slip Disc
Pelakon Arja Lee atau nama sebenar Azharudin Ramli, 35, dikejarkan ke hospital kerana mengalami slip disc pada bahagian tulang belakangnya, akibat terlalu aktif di Gym.

Menurut pembantu peribadinya yang dikenali sebagai Lin Ramli, Arja dimasukkan ke hospital pada 23 November lalu, selepas mengadu sakit belakang apabila bangun daripada tidur.

“Apabila dia mengadu sakit belakang, saya diminta oleh Arja untuk bawanya ke hospital kerana dia terlalu sakit dan tidak boleh memandu kereta.

“Selepas berjumpa dengan doktor, Arja disahkan slip disc dan perlu menerima rawatan susulan seperti fisioterapi.

“Menerusi Xray yang dibuat oleh doktor, terdapat ada sedikit permasalahan di bahagian tulang belakang di sektor L5 dan L4 yang menjadi punca sakitnya itu.

“Doktor juga memberitahu, gaya hidup Arja yang terlalu aktif dengan Gym telah memberi tekanan kepada tulang belakangnya,” kata Lin ketika dihubungi Astro Gempak.

Tambah Lin lagi, Arja perlu berehat sekurang-kurangnya 3 bulan untuk menjalani rawatan dan perlu memililh kerjaya seninya yang sesuai agar tidak bertambah teruk.

Arja juga perlu menjalani rawatan secara berenang untuk memperbetulkan kembali kedudukan tulang belakangnya.

“Arja boleh teruskan kerja seninya tapi tidak semua dia boleh buat terutama lakonan.

“Selain berenang rawatan lain yang dia kena buat ialah Yoga, apa-apa pun keadaan dia sekarang stabil dan terkawal,” katanya.

Teks oleh: Mohd Ishahrulddin Tahir 
 

Artikel Berkaitan


Komen