Ish! Panas hati pula Miss K bila terkenangkan perangai bongkak aktor Indonesia, Nicholas Saputra.

Malam tadi Miss K dijemput ke malam gala tayangan filem Interchange yang dibintangi oleh Nicholas, dan sudah tentu Miss K teruja kerana mahu melihat bintang pujaan Miss K itu dengan lebih dekat.

Malangnya, Nicholas hanya membuat muka ketat sepanjang malam dan hanya tersenyum apabila lensa kamera terarah kepadanya.

Semangat Miss K untuk menonton filem tersebut terus hilang sebaik saja menyaksikan perangai bongkak aktor berkenaan.

Lebih mengejutkan apabila Miss K sendiri terdengar Nicholas berbisik kepada pengurusnya di dalam panggung selepas memberikan ucapan.

“Hish! panggung ini sikit sahaja orangnya, jom beredar ke panggung yang lebih ramai penonton,” bisiknya dengan muka masam mencuka.

Ya, memang masa itu orang tak ramai lagi masuk ke dalam panggung kerana masing-masing sibuk membeli pop-corn dan sebagainya, tapi awak tu kan pelakon yang dikenali dan disegani, apa kata simpan sikit perangai bongkak tu?

Ewah-ewah Nicholas, awak itu datang ke Malaysia untuk mempromosikan filem lakonan awak tau, kenapa perlu bersikap sombong sampai macam itu?

Sebagai pelakon terkenal bukankah sepatutnya bersikap profesional tidak kiralah sama ada panggung itu penuh atau pun tidak.

Sudahlah muka berlagak, senyum pun macam nak tak nak, ingat Miss K tak nampak yang awak terus bergegas keluar tanpa memandang sedikit pun ke arah penonton.

Oh ya, selain berperangai bongkak dengan penonton, Miss K dengar teman-teman wartawan pun ramai yang tak kuasa dengan Nicholas!

Jawab soalan wartawan pun sepatah-sepatah khabarnya! Macam nak tak nak sahaja jawab soalan wartawan!

Haiyo! Pleaselah mereka nak bantu promosi filem awak kot! Ataupun mungkin kerana filem tersebut dah ditayangkan di luar negara, Nicholas rasa dirinya dah bagus?

Miss K: Suka dengan Rossa dan Kris Dayanti kerana tak pernah sombong dan sentiasa peramah layan peminat.

*Jika ada sebarang gossip atau cerita yang ingin disampaikan kepada Miss K, e-mel Miss K di [email protected] ya!