Putera George Nak Jadi T Rex Bila Dah Besar!

24 November 2016. 8.44 PM
33,216
Hiburan
Putera George Nak Jadi T Rex Bila Dah Besar!
Putera George anak sulung kepada Putera William dan Kate Middleton bercita-cita ingin menjadi T-Rex apabila sudah dewasa.

Menurut Middleton, apabila George menyatakan hasratnya untuk menjadi T Rex dia berasa sangat lucu.

“George nak jadi T-Rex sebab dia suka bermain dengan alat-alat mainan berbentuk haiwan purba ini di rumah mahupun di lokasi percutian.

“Malah, George juga suka buat suara ala-ala T Rex untuk menunjukkan dirinya seorang yang kuat dan besar kepada saya dan William.

“Saya sangat terhibur melihat telatah dia yang begitu aktif dan bersahaja,” kata Middleton kepada media ketika sesi lawatan ke Muzim Sejarah Semulajadi London baru-baru ini.

Tambah Middleton lagi, beliau juga suka menonton filem Jurassic Park ketika usianya kecil dan mungkin minatnya itu menyebabkan George suka kepada Dinasour.

“Saya suka tonton filem Jurassic Park, ia sangat menakjubkan dan babak dalam filem itu sungguh luar biasa dan gerun.

“Apa-apa pun, saya sentiasa menyokong minat anak-anak saya apabila mereka sudah dewasa,”katanya.

Olahan: Mohd Ishahrulddin Tahir
Sumber: The Telegraph 
 

Artikel Berkaitan


Komen