Penyanyi Harris Baba, 25, lebih selesa tidak berkongsi cerita mengenai perancangan keluarga untuk memiliki anak kepada umum.

Harris berkata, andai isterinya hamil biarlah mereka berdua dan keluarga terdekat sahaja yang tahu.

“Saya tidak mahu komen mengenai isteri saya hamil ke tidak sekarang ini, biarlah ia menjadi kejutan untuk semua.

“Sama ada saya mahu kongsi ke tidak, biarlah kami berdua sahaja yang tahu atas sebab-sebab tertentu.

“Usaha ke arah itu memang ada tapi rasanya tak perlulah saya ulas panjang-panjang mengenai hal ini,” katanya kepada Astro Gempak ketika ditemui baru-baru ini.

Tambah Harris lagi, isterinya adalah kawan rapatnya dan mengakui tidak mempunyai ramai teman lain untuk beriadah.

“Saya seorang yang pendiam dan pemalu, banyak habiskan masa di rumah.

“Isteri saya adalah teman sejati, lebih selesa membuat aktiviti dengan dia seperti menonton filem, makan-makan dan lain-lain.

“Lepak-lepak minum dengan kawan-kawan memang tiada, berehat di rumah adalah terapi yang berkesan,” katanya.

Teks oleh: Mohd Ishahrulddin Tahir