Animasi popular kanak-kanak, Didi & Friends bakal muncul dalam bentuk siri pada Mac tahun hadapan.

Pengasas Didi & Friends, Sinan Ismail berkata permintaan yang tinggi terhadap animasi tersebut membuatkan pihaknya mengembangkan penceritaannya dalam setiap lagu.

"Selepas melancarkan muzik video Didi & Friends dalam bahasa Inggeris esok, kami berbesar hati untuk memberitahu yang kami bakal melancarkan animasi ini dalam bentuk siri pula.

"Jika sebelum ini muzik video Didi & Freinds hanya berdurasi dua hingga tiga minit tetapi selepas ini ia bakal dipanjangkan selama tujuh minit apabila disambung dengan siri animasi.

"Jadi bukan sahaja menyanyi, malah setiap karakter akan mempunyai dialog berinteraksi dalam siri tersebut," katanya kepada Astro Gempak.

Sinan ditemui ketika majlis Plenacaran Kolaborasi Caliph bersama Didi & Friends yang berlangsung di Alamanda, Putrajaya semalam.

Didi & Friends yang kini mempunyai lima bahasa iaitu Melayu, Mandirn, Inggeris, Thailand, Indonesia telah mencapai 250 juta tontonan di laman Youtube selama setahun.

Mengenai perkembangan lain, Didi & Friends kini telah berkolaborasi dengan makanan tambahan kanak-kanak, Caliph untuk menimbulkan kesedaran ibu bapa terhadap perkembangan anak-anak.

"Saya terima kolaborasi bersama Caliph kerana saya tahu ia produk yang diyakini dan eksklusif untuk digandingkan dengan animasi kami.

"Secara tak langsung membantu ibu bapa dalam melahirkan rasa kesedaran untuk membantu perkembagan dan pembesaran anak-anak mereka," katanya lagi.

Makanan tambahan kanak-kanak, Caliph kini keluar dengan pembungkusan baru apabila tampil dengan animasi popular tersebut.

Teks oleh: Syafiqah Jalal