Tiba-Tiba Wujud #KakaWi, Ada Apa-Apa Ke Kaka, Awi Rafael?

23 November 2016. 2.30 PM
13,616
Hiburan
Tiba-Tiba Wujud #KakaWi, Ada Apa-Apa Ke Kaka, Awi Rafael?

Amboi-amboi dalam diam-diam dua penyanyi berbakat besar Awi Rafael dan Kaka Azraff bermain cinta ya?

Miss K bukannya apa, tiba-tiba ternampak pula foto mesra penyanyi Kalau Aku Kaya dan Bukan Hal Aku di bahagian explore laman sosial Instagram (IG).

Sebagai seorang yang sangat dedikasi dalam hal-hal macam ini, Miss K tak buang masa dan terus selidik tentang dua pasangan ini.

Agak mencurigakan kerana, ketika Miss K menghubungi seorang sumber yang boleh dipercayai, dia seolah-olah mengiyakan perkara tersebut.

Kata sumber yang boleh dipercayai itu, Awi dan Kaka kini memang kerap ‘lepak’ bersama. Mereka juga nampak sekepala dan serasi serta menyenangi sesama sendiri.

Wahhhh! Kalau benar seperti yang disampaikan sumber yang boleh dipercayai itu, Miss K restu hubungan mereka.

Para peminat kedua-dua artis ini pun macam dah restu hubungan mereka, sebab itu tiba-tiba wujud hashtag #kakaWi di IG, siap mendoakan mereka hidup bahagia dan kahwin!

Cepat sungguh mereka minta Awi dan Kaka kahwin ya? Biarlah mereka mengenali hati budi masing-masing dulu dik. Kalau ada jodoh tidak ke mana. Uhuk!

Miss K: Nak pegi kedai beli Mosquito, pipi kena gigit nyamuk!

*Jika ada sebarang gossip atau cerita yang ingin disampaikan kepada Miss K, e-mel Miss K di gossipmissk@gmail.com ya!


Artikel Berkaitan


Komen