Pelawak Achey Bocey menjelaskan seseorang pelawak harus menjadi diri sendiri dalam setiap persembahannya.

Achey atau nama sebenarnya Mohd Nasir Hamzah, 30, berkata, itu merupakan perkara penting jika sesorang pelawak untuk ingin kekal lama dalam industri.

"Bagi saya apa yang utama adalah sesorang itu untuk menjadi dirinya sendiri ketika melakukan persembahan.

"Ini kerana lawak yang kita lakukan itu boleh ditiru oleh orang lain, jadi sebagai seorang pelawak kita harus untuk menjadi diri sendiri.

"Suara percakapan sesorang itu ramai yang boleh tiru tetapi bila anda menjadi diri sendiri orang sukar untuk tiru," katanya kepada Astro Gempak.

Achey berkata demikian ketika diminta untuk berkongsi pengalamannya sebagai seorang pelawak kepada peserta lawak solo.

Tambahnya, sesorang itu harus mengetahui potensi kelebihan dan kekurangan yang dimiliki untuk menjadi seorang pelawak.

"Sebenarnya kelemahan yang ada pada diri anda sepatutnya dijadikan sebagai kelebihan untuk melakukan persembahan kerana perkara itu yang sepatutnya ada pada setiap diri pelawak," jelasnya.

Lawak Solo disiarkan secara langsung selama lapan minggu dari Studio Finas, Kompleks Merdeka FINAS pada setiap hari Jumaat, ekslusif menerusi Astro Warna (saluran 132) dan tayangan serentak di Mustika HD (saluran 134), pukul 10 malam.

Lawak Solo merupakan sebuah program realiti komedi mencari pelapis untuk memeriahkan lagi dunia komedi solo yang kini dilihat semakin mendapat perhatian di kalangan peminat komedi tanah air.

Program ini dihoskan oleh Johan, manakala Fad Bocey juga turut memeriahkan Lawak Solo ini selaku hos dibelakang tabir bersama dua lagi pelawak baru laman sosial iaitu Jamal dan Zukiee.


Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi