Supermodel Chrissy Teigen, 30, mencuri perhatian ramai apabila dilaporkan tidak berpakaian dalam ketika tampil pada acara karpet merah American Music Awards 2016 yang berlangsung di Los Angeles baru-baru ini.

Menurut laporan USA Today, isteri kepada John Legend itu muncul dengan gaya cukup seksi yang mendedahkan bahagian belakang tubuhnya serta belahan kaki daripada bawah ke bahagian pinggul ketika melintasi jurugambar.

Meskipun baru melahirkan cahaya mata pada April lalu, Chrissy berjaya mengembalikan bentuk badannya pada asal.

Mengenali Chrissy, wanita itu sentiasa punya cara tersendiri untuk mencuri perhatian dengan gayanya yang memukau setiap kali muncul di khalayak.

Olahan oleh: Syafiqah Jalal
Sumber: USA Today