Ada Orang Nampak Azmi Hatta Keluar Dengan Perempuan Lain?

22 November 2016. 4.32 PM
79,831
Hiburan
Ada Orang Nampak Azmi Hatta Keluar Dengan Perempuan Lain?

Sedang Miss K leka menyiapkan minit mesyuarat malam tadi, tiba-tiba Miss K menerima satu kiriman emel dari seseorang yang mahu dirinya dikenali sebagai Lady D.

Mungkin kerana takut dirinya dikecam pembaca Miss K, Lady D awal-awal dah bagi foto sebagai bukti! Baguskan Lady D ni?

Oklah, back to our business (gituh..tetap nak nampak cerdik), Lady D menjelaskan rakan-rakannya telah terserempak dengan bekas suami Elly Mazlein, pengarah sensasi lagi berahi eh! berani, Azmi Hatta bersama seorang wanita.

Tapi, kata Lady D bekas suami Kak Lina Pom bukan bersama kekasihnya pelakon Faye Kusairi tetapi dengan wanita lain!

Ini Miss K sertakan screenshot aduan rakan Lady D kepadanya menerusi inbox akaun laman sosial Instagram, malam tadi.

 

Oh Em Gee! Biar benar? Entah-entah Lady D salah orang tak? Takkanlah Azmi sanggup mempermainkan hati dan perasaan Faye!

Lagipun Azmi sendiri mengaku depan wartawan dengan bersaksikan tasik dan panas mentari di Titiwangsa yang dia melihat Faye dalam solat Istikharahnya.

Berdosa tau fitnah! Miss K tak nak Faye screenshotkan tulisan Miss K dan tepek di Instagram atau Twitter dia ya!

Entah-entah wanita yang rakan Lady D nampak dengan Azmi tu, adik beradik dia atau saudara mara dia ke? Haaa...kan naya?

Miss K husnuzon, bersangka baik dan sentiasa audit diri. Miss K bukan tidak percayakan Lady D tetapi terlalu awal untuk buat rumusan kerana Miss K selalu mendoakan kebahagiaan Azmi dan Faye.

Miss K tak suka tengok orang bergaduh...Eee..not nicelah! Paling penting Miss K tak sanggup kalau sidang media di bawah panas terik berulang!

Oh no! Sejarah tidak mungkin berulang you alls!

Oklah, Miss K nak pergi meeting, takut Bos tanya pula kenapa masuk lambat! Miss K pekerja dedikasi, so kena tunjuk contoh kepada yang lain!

Miss K: Tiba-tiba teman pejabat Miss K buka lagu Sabarlah Hati di YouTube. Sedap juga lagu ni, no wonder meletop dulu-dulu.

*Jika ada sebarang gossip atau cerita yang ingin disampaikan kepada Miss K, e-mel Miss K di gossipmissk@gmail.com ya!
 


Artikel Berkaitan


Komen