Isteri pelawak Fad Bocey, Nur Syahirah A. Rahman, 22, telah dimasukkan ke Kedah Medical Centre, Alor Setar, Kedah demam panas.

Nur Syahirah telah di tahan wad sejak tiga hari lalu suhu badannya yang terlalu tinggi.

Menerusi entri yang dimuat naik Nur Syahirah, dia memberitahu 10 botol air (drip) telah dimasukkan ke dalam badan untuk meredakan demam namun suhu badannya masih mencecah 40 darjah celcius.

“Saya tak pernah demam macam ini, selalunya kalau demam tak makan ubat pun memang akan baik.

“Tapi demam untuk yang kali ini, dah makan ubat pun masih tak kebah-kebah malah makin teruk,” kata Syahirah menerusi Instagram (IG) miliknya.

Walaupun terlantar di hospital, Syahirah sempat mengucapkan terima kasih kepada follower IGnya yang tidak henti-henti memberi semangat dan mendoakan agar dia sihat semula.

Sementara itu Fad turut memuat naik foto isterinya bersama anak-anak dan mendoakan agar isterinya itu cepat sembuh.

Astro Gempak difahamkan, Fad tidak bertugas di konti radio Era FM berasama Dina Nadzir di segmen Petang Era, semalam untuk menemani isterinya di hospital.

Ini dah botol ke berapa dah tak ingat .hampir 10 botol dah dan ni kali ketiga dah dicucuk sbb tangan bengkak .dah masuk hari ketiga demam tak surut2 .semua level 40 ke atas .paling rendah 38.6 .tak kebah lansung .tak pernah demam mcm ni dan selalunya tak penah makan ubat pun kalau demam tapi kali ni more than worst ? .kalau ada pengalaman demam mcm ni kongsikanlah .bukan taknak makan ubat .tapi dah berjenis jenis telan ubat doktor bagi dkt wad ni tapi demam tetap serang balik .dah telan ubat pun susah nak turun .??? terima kasih yang mendoakan dkt gambar2 sebelum ni .hanya Allah dpt balas jasa semua .tangan tak terlepas nak reply satu2 ??

A photo posted by Syaheera (@syaheeraarahman) on

Mommy tak sihat dia melalak jgk nak tdo atas mommy .jangan risau jangan pikir negatif tau .doakn yang baik2 .mana ada ibu yg nak anak dia berjangkit .mommy kuat harini sebab anak anak mommy melawat ?

A photo posted by Syaheera (@syaheeraarahman) on

Teks oleh: Mohd Ishahrulddin Tahir