Dira Abu Zahar, Bekas Suami Mesra Sambut Birthday Anak Bersama

22 November 2016. 1.11 PM
66,955
Hiburan
Dira Abu Zahar, Bekas Suami Mesra Sambut Birthday Anak Bersama

Meskipun sudah berpisah dan bukan lagi suami isteri, namun pelakon dan pengacara Dira Abu Zahar dilihat mesra bersama bekas suaminya, Helmi Yusof ketika majlis sambutan hari lahir anaknya pada hujung minggu lalu.

Menerusi foto-foto yang dikongsi di laman sosial Instagram miliknya, mereka kelihatan seperti tidak kekok melayan Anggun Deandra ketika majlis hari jadi itu diadakan.

Sambutan hari jadi kesembilan Anggun itu diadakan dengan meriah sekali dengan tema daripada filem Suicide Squad.

Anggun juga disolek ibunya dan memakai baju mengikut salah satu watak dalam filem itu iaitu Joker.

Majlis hari jadi itu dihadiri ramai tetamu yang terdiri daripada rakan-rakan pasangan itu serta rakan anaknya.

Berikut merupakan foto-foto sekitar majlis itu diadakan:
 
]

Teks oleh: Syafiqah Jalal

Artikel Berkaitan


Komen