Aishwarya Rai Nafi Digandingkan Dengan SRK Dalam Filem Terbaru Karan Johar

21 November 2016. 5.18 PM
46,002
Hiburan
Aishwarya Rai Nafi Digandingkan Dengan SRK Dalam Filem Terbaru Karan Johar
Bekas ratu cantik dunia, Aishwarya Rai menafikan khabar angin akan digandingkan bersama pelakon Shah Rukh Khan (SRK) dalam filem terbaru arahan pengarah popular, Karan Johar.

Ura-ura mengenai perkara tersebut mula timbul apabila SRK menjadi watak sampingan dalam filem Ae Dil Hai Mushkil selama lima minit bersama Aishwarya membuatkan penonton tidak puas.

Aishrwarya berkata, ketika ini dia masih lagi memilih naskah filem yang sesuai untuk projek filem seterusnya.

“Biasalah itu semua spekulasi, saya faham mereka rindukan lakonan saya bersama SRK tapi nak buat macam mana belum ada rezeki untuk berlakon dengannya.

“Apa-apa pun buat masa sekarang memang saya sedang membaca skrip filem untuk projek seterusnya, judul filem tak boleh saya kongsikan

“Kalau nak tahu filem apa kenalah tunggu, saya akan berikan kejutan untuk anda semua,” kata Aishwarya kepada portal Pinkvilla.

Sementara itu, para peminat Aishwarya dan SRK yang sangat merindui gandingan mereka berdua berharap agar khabar angin tersebut menjadi kenyataan.

Kali terakhir SRK dan Aisharwarya Rai bergandingan bersama dalam filem Devdas pada tahun 2002 dan Mohabbatein pada tahun 2000.

Olahan: Mohd Ishahrulddin Tahir
Sumber: Pinkvilla.com 

Artikel Berkaitan


Komen