GV 3: Kedudukan Peserta & Recap Komen Juri Malam Konsert Suku Akhir

21 November 2016. 4.04 PM
114,760
Hiburan
GV 3: Kedudukan Peserta & Recap Komen Juri Malam Konsert Suku Akhir

Konsert suku akhir GegarVaganza musim ketiga (GV 3) menyaksikan Zur Eda diumumkan sebagai bintang kelima yang tersingkir.

Bertemakan RockDut, Zur Eda telah menyampaikan lagu berjudul Ah Rindu Lagi nyanyian asal Amelina.

Gmie Screen yang sepatutnya tersingkir bersama Zur Eda diselamatkan oleh kuasa imuniti penaja utama, Datuk Seri Vida.

Selain Zur Eda, tujuh bintang GV 3 memberikan saingan sengit membuatkan juri tetap Datuk Ramli MS, Datuk Khatijah Ibrahim dan juri jemputan Mamat Khalid sukar untuk menentukan siapa yang layak berada di kedudukan pertama.

Dalam pada itu, Nora telah diumumkan sebagai pemenang Anugerah RockDut Paling Menyengat. Nora berjaya membawa pulang rantai mutiara jenama Raflesia bernilai RM5000, pakej penginapan di Puteri Pacific Hotel Johor Bahru, baucer tunai tajaan Go Shop berjumlah RM1,000 dan barangan Pamoga Qu Puteh.

Di bawah merupakan kedudukan peserta berdasarkan format pemarkahan 100%  oleh juri profesional dan komen-komen yang telah diberikan:

Ameng Spring - Gali Lobang Tutup Lobang: "Kalau Tuhan bagi kamu rezeki, jangan tolak, proceed," - Datuk Ramli MS.

 

Siti Sarah - Senggol Senggolan Cubit Cubitan: "Nak bertukar genre bukannya mudah. I'm very happy for you!" - Datuk Ramli MS.

 

Nora - Bring Me To Life: "Satu persembahan yang sangat begitu mantap. Persembahan fantastic, tetapi I want to see more, malam ini the entire package is fantastic," - Datuk Khatijah Ibrahim.

 

Azharina - Kejoraku Bersatu: "Persembahan ala Ratu Rock sangat menghiburkan. Kami terhibur, mencari silap, tak ada yang silap. Perfect pitch" - Mamat Khalid.

 

Zarul Umbrella - Fantasia Musim Cinta: "Tanggungjawab Zarul besar sebab ramai yang minat awak, I hope all the best untuk anda merealisasikan impian peminat anda," - Mamat Khalid.

 

Intan Sarafina - Selamat Jalan Romeo: "Intan nampak enjoy. Fantastic performance, fantastic delivery, saya nak tengok lagi persembahan macam ni," - Datuk Khatijah Ibrahim.

 

Gmie Screen - Titian Perjalanan: "Lagu ini senang untuk kamu. Tetapi awak tak pernah gagal untuk menyanyi dengan begitu baik," - Datuk Ramli MS.

 

Zur Eda - Ah Rindu Lagi: "Dangdut bukan awak punya forte, tapi you did well. Bila diberi lagu ini, you did your homework!" - Datuk Khatijah Ibrahim.

GV 3 bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA pada setiap Ahad, pukul 9.00 malam serta boleh ditonton di Astro Ria (saluran 104) dan Astro Ria HD (saluran 123).

Konsert minggu separuh akhir GV 3 bakal menyaksikan bintang GV 3 menyanyikan dua buah lagu secara duet dan solo. Tujuh bintang masih kekal berentap untuk merebut gelaran juara.

Jika anda terlepas menonton konsert mingguan GV 3 atau ingin menonton secara 'live streaming', klik ---> GegarVaganza.

Teks oleh: Kamaruddin Razal
Foto: Instagram @theputehtv


Artikel Berkaitan


Komen