Sambut Ulang Tahun Pertama Aurora, Peminat Doa Kebahagiaan Farid Kamil

21 November 2016. 2.09 PM
55,884
Hiburan
Sambut Ulang Tahun Pertama Aurora, Peminat Doa Kebahagiaan Farid Kamil
Para peminat pasangan pelakon terkenal, Farid Kamil, 35, dan Diana Danielle, 25, mendoakan agar kebahagian keluarga ini terus kekal bahagia hingga ke akhir hayat.

Ucapan positif serta kata-kata baik itu ditujukan kepada mereka di Instagtam (IG) Farid kamil pada entri yang dimuatnaik ketika ulang tahun pertama anak keduanya, Nur Aurora baru-baru ini.

Antara ucapan itu ialah ‘Happy Birthday Aurora. Semoga menjadi anak solehah dan semoga perkahwinan ini kekal bahagia hingga ke jannah. Ya Allah berkati dan rahmati keluarga bahagia ini. Amin ya rabbal alamin.’

Foto mereka sekeluarga meraikan ulang tahun itu jelas menampakkan pasangan ini sedang bahagia ditambah pula dengan senyuman manis pada wajah masing-masing.

Sementara itu, Yana Samsudin dan suami Fadzil Zahari turut hadir memeriahkan lagi majlis hari lahir Aurora bersama dengan teman-teman rapat Farid dan Diana.

Apa-apa pun, pasangan ini mempunyai daya tarikan tersendiri dan memiliki aura apabila berlakon dalam mana-mana filem.

Kami di Astro Gempak turut mendoakan mereka sekeluarga bahagia selamanya!






 
 

😘

A video posted by Yana Samsudin (@yanasamsudin) on
 

Teks oleh: Mohd Ishahrulddin Tahir 

Artikel Berkaitan


Komen