Selepas 32 tahun mendirikan rumah tangga, bintang GegarVaganza 3 (GV 3), Zur Eda menyelongkar foto perkahwinannya bersama suami, Zulkifli Mohd Yusoff, 54, untuk didedahkan kepada peminat.

Mendirikan rumah tangga pada 14 Ogos 1985, Zur Eda atau nama sebenarnya, Zuraida Mokhtar, 51, menyelongkar foto lama tersebut untuk tatapan peminat yang menonton program Trek Selebriti.

Aksi Zur Eda menyelongkar dan mendedahkan foto perkahwinannya secara eksklusif itu boleh disaksikan menerusi salah satu episod Trek Selebriti yang bersiaran baru-baru ini.

Bagi mereka yang tidak berkesempatan untuk melihat aksi Zur Eda, layari www.gegarvaganza.com.my!

Jangan lupa saksikan Zur Eda yang bersaing merebut gelaran juara dalam GV 3. GV 3 bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA pada setiap Ahad, pukul 9 malam serta boleh ditonton di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123).

Dapatkan lebih banyak video dan babak eksklusif di laman web Astro Gempak.

Dengan Digi Prepaid Live, anda boleh strim video setiap hari dengan 8GB internet percuma setiap bulan di rangkaian 4G Plus.

Teks oleh: Kamaruddin Razal
Foto: Instagram @sharpshooter_photographer