Mallika Sherawat Dirompak Di Paris,  Ditumbuk, Disembur Gas Pemedih Mata

18 November 2016. 6.40 PM
20,627
Hiburan
Mallika Sherawat Dirompak Di Paris,  Ditumbuk, Disembur Gas Pemedih Mata
Pelakon Bollywood, Mallika Sherawat, 40, menerima nasib malang apabila dirinya telah ditumbuk dan disembur dengan gas pemedih mata oleh perompak di Paris, baru-baru ini.

Ketika kejadian, Mallika tidak keseorangan dia ditemani oleh teman lelakinya Cyrille Auxenfans turut diserang oleh perompak yang sama di kediamannya di Paris 16th

Menurut jurucakap polis Paris, Agnes Thibault-Lecuivre pelakon ini telah dikejarkan ke hospital dengan segera untuk menerima rawatan susulan. 

“Walaupun pasangan ini ditumbuk dan disembur oleh penyamun itu, tapi kecederaan yang dialami oleh mereka tidak terlalu parah.

“Bagaimanapun ia telah menimbulkan rasa trauma kepada mangsa dan siasatan masih dijalankan, mengesan suspek tersebut untuk di bawa ke muka pengadilan,” katanya kepada media.

Selain membintangi filem-filem di Bollywood, Malikka turut berlakon dalam filem Hollywood bersama Jackie Chan dalam filem Myth.

6 minggu lalu dunia dikejutkan dengan kes rompak Kim Kardashian yang berlaku di Paris, kali ini Malikka menerima nasib yang serupa di negara terbabit. 

Olahan: Mohd Ishahrulddin Tahir
Sumber: Pinkvilla.com 
 

Artikel Berkaitan


Komen