Mungkin kerana tidak mahu ketinggalan dengan trend terkini, peserta Lawak Solo menyahut cabaran melakukan ‘Mannequin Challenge’.

Kepada yang tidak ‘familiar’ dengan ‘Manenequin Challenge’, ia telah menjadi trend di negara barat sejak kebelakangan ini.

Mudah sahaja sesiapa yang terlibat dengan cabaran ‘Manenequin Challenge’, mereka akan menjadi patung beberapa saat sebelum menjalankan aktiviti seperti biasa.

Untuk menyaksikan peserta Lawak Solo ini berjaya atau tidak ketika melakukan cabaran bersama Shuk SYJ menerusi segmen Apa Cerita, jom tengok video di bawah:

Memasuki minggu kelima bersiaran, tujuh peserta bakal merebut gelaran juara selepas Ridzuan dan KC Nazari dan Dann disingkirkan.

Lawak Solo minggu ini bertemakan Sejarah dan akan menemui penonton secara langsung dari Studio Finas, Kompleks Merdeka FINAS pukul 10.00 malam dan boleh ditonton secara eksklusif menerusi Astro Warna (Saluran 132) dan tayangan serentak di Mustika HD (Saluran 134).

Johan telah diberi tanggungjawab untuk menggalas tanggungjawab sebagai hos, selain Fad dari kumpulan Bocey juga turut memeriahkan program Lawak Solo ini selaku hos di belakang tabir bersama dua lagi pelawak baru yang popular di laman sosial dengan video-video parodi mereka iaitu Jamal dan Zukiee.

Para peserta lawak solo diadili dengan menggunakan khidmat penjurian profesional sebanyak 70 % selain undian penonton sebanyak 30% dalam menentukan peserta manakah yang bakal disingkirkan dan seterusnya mara bagi merebut gelaran juara Lawak Solo bagi musim pertama ini.

Juara bakal menerima ganjaran wang tunai berjumlah RM 80,000.00 berserta trofi manakala naib juara dan tempat ketiga pula akan menerima habuan sebanyak RM 40,000.00 dan RM 20,000.00 berserta trofi.

Selain itu, wang saguhati sebanyak RM 10,000.00 juga turut menanti pemenang di tempat keempat.