Penyanyi terkenal, Akim Ahmad atau nama sebenarnya Afiq Hakim Ahmad, 25, bakal menyanyikan lagu Tamil.
Akim akan membuat persembahan pembukaan sewaktu Konsert Akhir Superstar Endrum 16 yang bakal bersiaran secara langsung dari Dewan Raja Muda Musa, Seksyen 7, Shah Alam pada Sabtu, 19 November ini.
Tambah istimewa, konsert akhir ini juga boleh ditonton secara eksklusif di saluran Astro Vinmeen (CH231), Astro Vaanavil (CH201) dan juga menerusi perkhidmatan Astro on the Go (AOTG) bermula jam 8.00 malam.
Selain Akim, beberapa artis tempatan lain seperti Reshma (AF), Kashika (Ceria Popstar), Darkey, Vicanes Jay, Magen, Queen, Hariharan, Hasmitha dan Daraneswary juga turut bergandingan untuk mempersembahkan lagu ‘Endrum 16’ dalam Bahasa Tamil sebagai kelainan untuk memikat hati penonton.
Lagu klasik 'Endrum 16' ini telah diberi nafas baru oleh komposer tempatan, Jay sambil diiringi dengan alunan gitar oleh Rody Kristal and kumpulan Hyper Baby Act.
Superstar Endrum 16 merupakan pertandingan nyanyian Tamil pertama anjuran Astro yang sudah diterbitkan selama 16 musim sejak tahun 2001.
Pertandingan ini juga merupakan platform yang memberi peluang kepada golongan belia untuk mencapai impian mereka dalam industri muzik Tamil.
Seramai lebih 300 golongan belia yang telah hadir sewaktu sesi ujibakat namun hanya 16 peserta terbaik yang berjaya disenarai pendek untuk menyertai musim ini.
Selepas cabaran selama 10 minggu, hanya 6 peserta yang layak ke pusingan akhir. Juara program Superstar Endrum 16 bakal membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM20,000, sebuah kereta Honda HRV beserta sebuah trofi sumbangan Astro.
Manakala naib juara pula akan memenangi hadiah wang tunai sebanyak RM15,000 beserta sebuah trofi. Sementara pemenang tempat ketiga pula bakal membawa pulang wang tunai RM6,000 beserta trofi.
Teks oleh: Kamaruddin Razal
Kamaruddin Razal
Thu Nov 17 2016
Azira DeFam Tak Sangka Lagu Alamak Raya Sudah Sampai Ke Negara Jepun!
Salah seorang anggota kumpulan De Fam, Azira Shafinaz tidak menyangka lagu raya pertama mereka yang berjudul Alamak Raya Lagi mendapat sambutan yang hangat.
Farah Lee Nasihat Hati-Hati Beri Sumbangan, Hasrat Daud Kim Bina Masjid Di Korea Meragukan? Ini Enam Sebabnya
Siasat dulu sebelum derma guys.
6 Bulan Kahwin, Angeline Tan Didakwa Hamil? Ini Reaksi Sabri Yunus...
Untuk rekod, Sabri dan Angeline atau nama sebenarnya Ardini, 57, telah mendirikan rumah tangga pada 14 Oktober 2023 di Arau, Perlis.
Buang Kucing Di Pasar Ibarat Hantar Mereka Ke ‘Neraka’
Seorang pengguna di laman Twitter meluahkan rasa kecewanya terhadap tindakan segelintir pihak yang bertindak membuang haiwan seperti kucing atau anjing di pasar dengan harapan mereka boleh hidup sendiri.
Sheriff: Power! Tayangan Awal Pun Dah Raih Lebih RM1 Juta
Cayalah Sheriff!
Amelia Henderson Jawab Tuduhan Pakai Rantai Dengan Loket Salib!
Teruk dikritik kerana loket rantai yang dipakai dikatakan menyerupai lambang salib, pelakon dan pengacara Amelia Henderson meluahkan rasa kurang senang tentang kritikan warganet terhadap dirinya. Amelia atau Amelia Thripura Henderson, 28, dalam satu hantaran di aplikasi X menyatakan aksesori yang dipakai itu sepatutnya tidak menjadi isu perdebata
Gelaran ‘Datin’ Beri Tekanan Kepada Atikah Suhaimie - “Saya Bukan Macam Suami Yang Lakukan…”
Atikah akui masih kekok dengan gelaran 'Datin'.
Wanita Tipu Majikan RM13 Juta Melalui E-mel Palsu, Tertekan Sampai Lumpuh
Seorang pekerja wanita berjaya memperdaya majikannya hanya dengan menggunakan beberapa siri e-mel palsu berkaitan dengan nilai wang mencecah sehingga RM13 juta.
Siti Nurhaliza Bakal Adakan Konsert ‘Love in The Sky’ di Resort World Genting Ogos Ini!
Penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza dilaporkan bakal mengadakan konsert Cinta Di Awan pada 10 Ogos 2024 (Sabtu) di Resorts World Genting.
Kerap Disoal Tambah Cahaya Mata Kedua, Ini Komen Ain Edruce!
Pelakon dan pengacara, Ain Edruce sering mencuri perhatian ramai apabila berkongsi momen dan gelagat keluarganya di media sosial.