Bintang GegarVaganza 3 (GV3), Intan Sarafina akui kritikan juri banyak memberikan semangat kepadanya untuk membuat persembahan dengan lebih baik.

“Pada saya setiap krtikan yang diberikan oleh para juri kepada saya sebenarnya pembakar semangat untuk saya terus menyanyi denganlebih baik.

“Banyak membantu dari segi persembahan dan juga vokal, jika tiada kritikan kita tak akan tahu apa kekurangan atau kelemahan kita.

“Lagipun memang sedia maklum ini adalah pertandingan, dan sememangnya menuntut juri untuk memberikan komen kepada peserta.

“Jadi apa yang boleh saya lakukan adalah bersiap sedia dan ambil perhatian ke atas komen yang diberikan,” katanya kepada Astro Gempak.

Dalam pada itu, Intan juga memberitahu dia tidak mengambil hati dan menerima kritikan juri dengan hati yang terbuka.

“Saya terima segala kritikan dengan berlapang dada untuk memperbaiki persembahan saya sebagai seorang penyanyi, semuanya saya terima asalkan ia tidak menjatuhkan,

“Sebagai peserta dalam pertandinggan, kita tahu juri mahukan semua peserta menjadi lebih bagus setiap minggu,” katanya.

GV 3 bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA pada setiap Ahad, pukul 9.00 malam serta boleh ditonton di Astro Ria (saluran 104) dan Astro Ria HD (saluran 123).

Konsert minggu keenam GV 3 bakal membawa tema RockDut dan lapan bintang masih kekal berentap untuk merebut gelaran juara.

Jika anda terlepas menonton konsert minggu GV 3 atau ingin menonton secara 'live streaming', klik ---> GegarVaganza.

Teks oleh: Mya Amri