Pelakon Azwan Kombos menerusi sebuah entri di akaun Instagram (IG) miliknya telah memuatnaik gambar dia bersama isteri serta seorang bayi.

Menerusi entri tersebut Azwan telah menulis kapsyen, menyuruh peminatnya mendoakan semoga dia dan isteri segera mendapat anak.

"Doakan ye suatu hari nanti boleh bertiga macam ni," katanya.

Rata-rata peminat Azwan di IG mendoakan pasangan itu semoga segera mendapat zuriat dengan cepat.

Mereka juga dilihat tidak sabar untuk menantikan kehadiran anak mereka berdua kelak.

Terdahulu, Azwan dan isterinya, Ezzaty Abdullah sah bergelar suami-isteri dengan sekali lafaz pada 16 Julai lalu.

Sama-samalah kita mendoakan agar pasangan ini segera mendapatkan zuriat.

Doakan ye suatu hari nanti boleh bertiga macam ni. ?

A photo posted by Azwan Kombos (@azwankombos) on


Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi