Foto Putera Mateen Pakai Uniform Tentera Tarik Perhatian Ramai

17 November 2016. 1.07 PM
432,255
Hiburan
Foto Putera Mateen Pakai Uniform Tentera Tarik Perhatian Ramai
Ramai netizen teruja apabila Putera Diraja Brunei, Pengiran Muda Abdul Mateen memuat naik foto baginda memakai uniform Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) di Instagram (IG).

Antara komen-komen netizen ialah ‘You look so great!, Okay pengsan sweet dream!!! Eh I mean thanks for this goodnight @tmski dan You just so cool in this uniform. It's you.”

Pada 31 Ogos lalu, Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah berkenan mengurniakan pangkat Pemangku Kapten kepada Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli 920 Kapten Pengiran Muda ’Abdul Mateen.

Difahamkan, beliau juga masih lagi menjalani kursus kententeraan di kem Tentera Udara Diraja British di United Kingdom.

Selain memiliki wajah yang kacak, Putera Mateen juga aktif dalam sukan polo serta meminati haiwan liar seperti harimau.

Jom kita lihat gambar-gambar Putera Mateen mengayakan uniform tentera serta latihan ketenteraan yang lain.






Teks oleh: Mohd Ishahrulddin Tahir
 

Artikel Berkaitan


Komen