Berat Turun Tiga Kilogram, Peminat Beri Kata Semangat Kepada Saharul Ridzwan

16 November 2016. 5.24 PM
37,801
Hiburan
Berat Turun Tiga Kilogram, Peminat Beri Kata Semangat Kepada Saharul Ridzwan
Menerusi sebuah muatnaik di Instagram (IG) milik Saharul Ridzwan, dia dilihat telah meletakan sebuah gambar penimbang dengan berat badannya yang terkini.

Saharul berkata dia telah berjaya menurunkan berat badannya sebanyak tiga kilogram selepas sering dikritik kerana gemuk.

Kebanyakan peminat Saharul memberi kata-kata semangat kepada dia untuk terus menurunkan berat badannya.

Mereka juga berharap agar Saharul segera mendapatkan berat badan yang idel semula seperti dahulu dan mengharapkan dia mengamalkan gaya hidup sihat. 

Berat badan Saharul dilihat naik mendadak selepas dia berkahwin dengan isterinya, Deena Emir, pada September lalu.

Terdahulu, Saharul mengakui segala keperluannya selain turut bahagia bersama isterinya, dia turut menjelaskan bahawa berat badannya turut naik sehingga 20 kilogram.

Bagaimanapun, pelakon lelaki ini menyatakan bahawa dia kini sudah kembali ke gimnasium bagi mendapatkan kembali tubuh badan idaman selepas beratnya kini hampir mencecah 90 kilogram.  
 
 

Dah turun 3 kilo. 😎 steady bruh.

A photo posted by SAHARUL RIDZWAN (@saharulridzwan) on



Teks Oleh : Rozaimi Zubaidi
 

Artikel Berkaitan


Komen