Adik Kim Kardashian Padam Akaun Instagram Selepas Dirompak

16 November 2016. 3.08 PM
8,082
Hiburan
Adik Kim Kardashian Padam Akaun Instagram Selepas Dirompak
Adik kepada Ratu Realiti TV, Kim Kardashian iaitu Kendall Jenner dilaporkan telah memadam akaun laman sosial Instgaram miliknya yang mempunyai 68 juta pengikut.

Menurut laporan USA Today Kendall yang juga model terkenal itu tidak memberikan sebarang penjelasan tentang perkara tersebut sehingga menimbulkan tanda tanya peminatnya.

Tindakan Kendall itu dibuat selepas kakak tirinya, Kim Kardashian tidak lagi aktif di media sosial selepas kejadian rompakan bersenjata di Paris pada 3 Oktober lalu.

Dalam pada itu, sumber memberitahu tindakan Kendall itu berikutan kejadian dia menjadi mangsa hendap oleh seorang lelaki dikenali sebagai Shavaughn McKenzie yang menceroboh masuk kediaman model itu baru-baru ini.

Bagaimanapun lelaki itu telah dihadapkan ke mahkamah dan Kendall dalam keterangannya memberitahu dia berasa terancam dengan tindakan Shavaughn.

Olahan: Shafiqah Jalal 
Sumber: USA Today

Artikel Berkaitan


Komen