Hafiz Hamidun Lebih Banyak Bersabar Selepas Pulang Dari Mekah

16 November 2016. 2.37 PM
5,756
Hiburan
Hafiz Hamidun Lebih Banyak Bersabar Selepas Pulang Dari Mekah
Penyanyi dan komposer lagu, Hafiz Hamidun, 32, akui dirinya semakin banyak bersabar selepas  pulang dari tanah suci Mekah baru-baru ini.

Menurutnya, sebelum ini dia selalu terburu-buru membuat keputusan dan tidak mampu menahan sabar untuk menguruskan kerjaya dan bisnes.

“Alhamdulilah, perubahan itu telah memberikan istiqamah terhadap perkembangan diri dan lebih positif dalam banyak hal.

“Sebelum ini saya memang mudah marah dan cepat stress sekiranya kerja saya itu tidak mencapai sasaran yang saya inginkan.

“Jadi hikmah yang saya peroleh ini adalah proses yang lahir secara semulajadi, dan saya bersyukur dengan apa yang Dia kurniakan,” kata Hafiz kepada Astro Gempak ketika ditemui pada Majlis Misi Bantuan Peace4Yemen baru-baru ini.

Tambah Hafiz lagi, pelbagai pengalaman dan ikhtibar yang telah dia kutip dan sesetengah daripada itu amat di luar jangka.

Bercerita mengenai pengalamannya di Tanah Suci, Hafiz berkata dia telah bertemu dengan sahabat-sahabat lama yang sudah lama terputus hubungan.

“Itu nama dia kuasa Tuhan, kenal di Malaysia dan sekian lama tidak berjumpa akhirnya bertemu di bumi Mekah.

“Apa yang saya boleh simpulkan di sini, semuanya berjalan lancar dan tiada cacat cela sepanjang saya tunaikan Rukun Islam kelima ini,” katanya.
 
Teks oleh: Mohd Ishahrulddin Tahir 
 

Artikel Berkaitan


Komen