Murahnya Hati Penyampai Radio Wanita Itu...Taja Model Sado 

16 November 2016. 12.29 PM
7,888
Hiburan
Murahnya Hati Penyampai Radio Wanita Itu...Taja Model Sado 
Miss K hanya mampu tersenyum apabila dengar cerita mengenai ‘kemurahan hati’ seorang penyampai radio baru, yang sanggup berhabis duit untuk seorang model terkenal.

Mereka berdua ini memang baik tapi tak tahu pula sejauh mana hubungan yang terjalin...Pasangan kekasih, teman tapi mesra atau teman sengaja nak bermesra. 

Miss K dengar-dengar banyak jugalah barangan mewah serta berjenama yang penyampai radio tersebut 'hadiahkan' kepada model yang juga seorang pelakon itu.

Ibaratnya, kalau si model sado tu cakap nak minyak wangi, kilang minyak wangilah penyampai radio itu tadahkan,

Alahai, untung yaa model itu, al-maklumlah karier lakonan pun ala-ala air barli suam, bila ada orang murah hati 'spedo' itu dan ini takkan dia nak tolak 'rezeki'.

Lagipun apa sahaja yang dia nak dapat, dan penyampai radio wanita itu pun dengan rela hati bagi, 

Cuma Miss K tak sangkalah penyampai radio ini, sanggup 'spedo' lelaki. 

Tengok dari segi penampilan memang nampak tak seperti itu.

Apa-apa pun Miss K tetap bersangka baik. Mungkin barangan mewah yang dibelikan kepada model tersebut akan dibayar balik secara ansuran? Kan?

Miss K: Takut bila dengar artis sanggup main bomoh untuk kejar apa yang dia nak!     

*Jika ada sebarang gossip atau cerita yang ingin disampaikan kepada Miss K, e-mel Miss K di gossipmissk@gmail.com ya!
 

Artikel Berkaitan


Komen