Penyanyi dari Indonesia, Datuk Rossa mengakui sudah mempunyai kekasih.

Menurut laporan Kapanlagi, Rossa, 35, berkata dia masih dalam proses mengenali pasangannya itu namun enggan mendedahkan lagi identiti lelaki terbabit kepada umum.

"Saya sekarang sudah mempunyai kekasih dan kami kini masih dalam proses untuk mengenali hati budi masing-masing.

"Siapa lelaki itu biarlah ia menjadi rahsia duhulu kerana saya tidak akan memdedahkan perkara itu kepada umum buat masa sekarang," katanya.

Tambah Rossa, dia akan mendedahkan identiti kekasihnya itu kepada umum jika mereka berkahwin kelak.

Terdahulu, menerusi ruangan pojok di sebuah akhbar mingguan melaporkan dia sudah berakhwin dengan seorang kerabat Diraja dari Pahang.

Namun perkara itu dinafikan oleh Rossa kerana menggangap berita tersebut tidak benar dan dia meminta bukti jika benar dirinya sudah berkahwin.

Rossa pernah berkahwin bersama Yoyo, vokalis kumpulan Padi namun mereka telah mengambil keputusan untuk berpisah pada tahun 2009 lalu.


Teks Oleh : Rozaimi Zubaidi

Sumber : Kapanlagi