Kongsi Gambar Pra Perkahwinan, Peminat Puji Kecomelan Acha Septriasa

15 November 2016. 8.22 PM
156,857
Hiburan
Kongsi Gambar Pra Perkahwinan, Peminat Puji Kecomelan Acha Septriasa
Pelakon yang popular menerusi filem Heart, Acha Septriasa dilihat telah berkongsi beberapa keping gambar pra perkahwinan bersama tunangnya, Vicky Kharisma di akaun Instagram (IG) miliknya.

Menurut Acha dia telah mengambil gambar pra perkahwinan tersebut dengan tunangannya di beberapa tempat di Australia kerana menggangap tempat di sana sangat menarik.

"Gambar pre-wedding saya di ambil di sana kerana ia merupakan tempat pertemuan saya bersama tunang buat pertama kalinya.

"Jadi kami telah bersetuju untuk merakam foto pre-weeding bersama di sana," katanya seperti dilaporkan Bintang.com. 

Tidak hanya mempamirkan tempat-tempat menarik di Australia, Acha dan tunangnya dilihat mengayakan beberapa pasang pakaian yang cantik.

Ditanya mengenai tarikh perkahwinannya, Acha berkata dia masih menghitung hari menantikan hari bersejarah itu namun enggan menggumumkan tarikh sebenar kepada umum. 

Terdahulu pemilik nama Jelita Septriasa ini pernah melangsungkan pertunangan dengan Radipto Indra Rukmana (Dito) pada 21 Julai 2014, namun putus tidak lama selepas itu.

Acha juga merupakan bekas kekasih kepada pelakon dan penyanyi popular Irwansyah.
 
Teks Oleh : Rozaimi Zubaidi

Sumber: Bintang.com 

Artikel Berkaitan


Komen