Zain Saidin Pasang Niat Timang Zuriat Kedua

14 November 2016. 1.51 PM
80,881
Hiburan
Zain Saidin Pasang Niat Timang Zuriat Kedua
Pelakon Zain Saidin, 32, mengakui ada memasang niat untuk mempunyai zuriat kedua namun hasrat tersebut masih dipertimbangkan kerana mahu mengukuhkan kewangannya terlebih dahulu.

Menurut Zain, walaupun dilabel sebagai orang yang ‘berduit’ namun hal kebajikan anak perlu dirancang dengan baik agar kehidupannya dan keluarga lebih teratur.

“Memiliki anak yang ramai memang seronok tapi memandangkan keadaan ekonomi yang semakin mencabar, perancangan untuk zuriat seterusnya wajar dipertimbangkan.

“Saya juga mempunyai sasaran untuk mengukuhkan kewangan keluarga iaitu sekitar lima angka, sekiranya ia tercapai barulah saya akan fikir untuk perancangan yang seterusnya.

“Tapi kalau sudah ketentuan dikurniakan zuriat kedua dalam waktu terdekat, saya terima dan bersyukur,” kata Zain ketika ditemui media dalam majlis Peace for Yemen di Parkroyal, Kuala Lumpur.

Dalam pada itu, Zain juga turut mengulas mengenai isu kegagalan membayar cukai kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Katanya, isu itu sudah selesai tetapi sengaja diperbesarkan oleh ‘keyboard warrior’ yang suka menuduh tanpa usul periksa.

“Saya anggap penyebar cerita yang aneh-aneh mengenai cukai itu adalah pengecut dan tak ada kerja.

“Saya yakin kalau ajak bersemuka mesti tak berani.  Tapi itulah sikap si ‘keyboard warrior’ yang suka baling batu sembunyi tangan, saya dah lali dan malas nak layan orang yang tiada adab,” ulasnya.
 
Teks oleh: Mohd Ishahrulddin Tahir
 

Artikel Berkaitan


Komen