Meremang Bulu Roma Setiap Kali Nyanyikan Lagu Gemilang - Jaclyn Victor

14 November 2016. 10.55 AM
20,777
Hiburan
Meremang Bulu Roma Setiap Kali Nyanyikan Lagu Gemilang - Jaclyn Victor
Penyanyi Jaclyn Victor mengakui sehingga ke hari ini dia akan membawa emosi malam akhir Malaysian Idol setiap kali menyanyikan lagu Gemilang.

Jaclyn, berkata, setiap kali menyanyikan Gemilang dia akan mengenangkan kembali suasana ketika mengadakan persembahan pada tahun 2002 itu sehingga menyebabkan bulu romanya meremang

"Saya akan membawakan emosi ketika melakukan persembahan pada malam itu dan secara tidak langsung ia akan menaikan semangat saya untuk melakukan persembahan.

"Setiap kali menyanyikan lagu itu saya akan berasa meremang balik dan ia  akan bawa diri saya berada dalam keadaan ketika melakukan persembahan akhir pada malam itu.

"Gemilang sentiasa ada tempat istimewa dalam diri saya malah jika saya sedih atau hilang semangat saya akan tonton kembali persembahan saya pada malam itu," katanya.

Jaclyn atau Jaclyn Joshua Thanaraj Victor, 38, berkata, dia tidak pernah berasa jemu apabila diminta menyanyikan lagu yang menaikkan namanya iaitu Gemilang setiap kali mengadakan persembahan.

Tambahnya, lagu tersebut telah mengubah hidupnya dan dia meletakkan dirinya pada tahap sekarang.

"Saya tidak kisah jika setiap kali melakukan persembahan akan menyanyikan lagu ini kerana lagu itulah yang membawa saya ke tahap sekarang.

"Jika saya tidak nyanyi Gemilang persembahan saya seperti tidak lengkap," katanya.

Selain itu, menurut Jaclyn, sehingga ke hari ini dia masih menonton persembahan lagu Gemilang pada malam akhir Malaysian Idol jika berasa sedih atau hilang semangat.


Teks Oleh : Rozaimi Zubaidi

Artikel Berkaitan


Komen