Isteri Disahkan Hamil, Nubhan Bakal Timang Anak Sulung

13 November 2016. 12.45 PM
32,116
Hiburan
Isteri Disahkan Hamil, Nubhan Bakal Timang Anak Sulung
Bintang kelahiran Akademi Fantasia musim ke-6, Ahmad Nubhan Ahmad bakal menimang anak sulung selepas isterinya disahkan hamil.

Penyanyi lagu Ada Untukmu itu menyampaikan khabar gembira tersebut di laman Instagram miliknya.
Menerusi sebuah entri, Nubhan memuatnaik sekeping gambarnya dengan isteri bersama foto imbasan bayi.

"Alhamdulillah... rezeki Allah! Dokan yang terbaik buat kami ya? Baby tu shy shy lagi. #anugerahterindah," tulis Nubhan.

Peminat dan pengikut Nubhan di laman Instagram juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah untuk berita gembira tersebut.

Nubhan, 29, selamat diijabkabulkan dengan isterinya, Afifah Hidayah Ahmad Tawfek, 26, dengan sekali lafaz di kediaman isterinya yang terletak di Seremban 2, Negeri Sembilan, pada 29 Ogos tahun lalu.

Teks oleh: Kamaruddin Razal

Artikel Berkaitan


Komen