Sambut Ulang Tahun Bergelar Aktor, SRK Lancar Biografi #25YearsOfALife

12 November 2016. 1.52 PM
18,321
Hiburan
Sambut Ulang Tahun Bergelar Aktor, SRK Lancar Biografi #25YearsOfALife
Aktor terkenal Bollywood, Shah Rukh Khan atau SRK melancarkan buku biografi berkenaan perjalanan kariernya sempena sambutan ulang tahun ke-25 bergelar pelakon.

Menerusi biografi tersebut yang diberi nama #25YearsOfALife, SRK menceritakan pengalamannya berada dalam industri lakonan bermula dari seorang pendatang baru sehinggalah menjadi seorang hero terkemuka dalam dunia perfileman Bollywood.

“Kekal bertahan dalam industri lakonan telah saya ibaratkan seperti sebuah mimpi menjadi realiti, lagi-lagi buat seorang anak muda yang datang dari Delhi untuk mengejar cita-citanya 25 tahun lalu.

“Perjalanan ini penuh dengan kegembiraan, kerja keras serta turut mempunyai masa naik dan turun. Buku ini saya dedikasikan kepada semua penggiat filem yang memberi kepercayaan kepada saya dan mimpi saya untuk bergelar seorang aktor.

“Saya sangat bersyukur kepada semua yang sudi membantu dan menabur jasa selama 25 tahun ini, terutamanya kepada peminat saya yang tidak pernah putus-putus menyokong saya,” kata SRK.

Buku biografi yang ditulis oleh Samar Khan telah dilancarkan  pada 10 November lepas setelah SRK menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-51 tahun.

Olahan oleh: Kamaruddin Razal
Sumber: IndianExpress

Artikel Berkaitan


Komen