Yusry Umum Lisa Hamil, Harap Yahaira Jadi Kakak Penyayang

11 November 2016. 10.04 PM
79,502
Hiburan
Yusry Umum Lisa Hamil, Harap Yahaira Jadi Kakak Penyayang
Pengarah filem Yusry KRU telah mengumumkan isterinya pelakon Lisa Surihani kini sedang hamil anak kedua mereka.

Menurut sebuah entri yang dimuatnaik Yusry Abdul Halim, 42, di Instagram (IG)nya, usia kandungan Lisa kini sudah memasuki trimester kedua.

Menerusi foto yang dimuatnaik itu, Yusry menulis;  “Alhamdulillah... I am so grateful to have these 2 loves of my life. In shaa Allah, next year our little family will be four. Mummy Sayang @iamlisasurihani, I am sure you are as excited as I am... I am thankful to be going through this journey with you again and as you embark on your second trimester, I hope and pray that all will be well Yahaira sayang, hope you will be a loving kakak to your adik nanti ya.”

Selain status itu, Yusry turut mendapat ucapan tahniah daripada peminat di Instagramnya.

Begitu juga Lisa yang sudah mula mendapat ucapan yang sama daripada peminat IGnya  yang mempunyai 2.7 juta pengikut.

Selain ucapan tahniah, peminat turut meluahkan rasa teruja untuk melihat adik kepada Yahaira.

Lisa atau nama sebenarnya Lisa Surihani Mohamed, 29, dan Yusry Abdul Halim, 42, bernikah pada 23 Februari 2012.

Puteri sulung mereka Yahaira Leanne dilahirkan pada 15 September 2015.

Teks oleh: Hafiza Kamarudin

Artikel Berkaitan


Komen