Harris Baba Lali Digoda, Terima Kiriman Mesej Lucah

11 November 2016. 9.50 PM
86,687
Hiburan
Harris Baba Lali Digoda, Terima Kiriman Mesej Lucah
Pendatang baru Harris Baba, mengakui sudah lali dengan golongan netizen yang gemar bercakap lucah dengannya di laman sosial Instagram (IG).



Menurut penyanyi berasal dari Singapura itu, dia turut menerima mesej peribadi daripada lelaki dan perempuan yang mahu menggodanya.



"Pada mulanya saya terkejut menerima mesej-mesej tersebut kerana rasa pelik kerana ada juga golongan yang tidak senonoh seperti itu.



"Tetapi lama-kelamaan saya buat tak tahu dan mula merasakan mereka semua lucu.

"Sehingga kini pun masih ada yang cuba menggoda saya dengan mesej-mesej berbaur lucah tetapi saya tak layan," katanya ketika di temui Astro Gempak baru-baru ini.



Tambah Harris dia bertuah kerana isterinya, Nik Naziha Zawawi sentiasa positif walaupun tahu tentang perkara tersebut.



"Saya ada tunjuk mesej-mesej tersebut kepada Naziha tapi dia sedikit pun tidak marah tetapi dia juga ketawa membacanya.

Teks oleh: Mohd Ishahrulddin Tahir

 

Artikel Berkaitan


Komen